Definisi rekabentuk logo
Bentuk bulat berwarna putih condong melambangkan perpaduan, keikhlasan dan kesungguhan ahli-ahli dan anggota kelab, dalam segala aktiviti dan kerja-kerja terutamanya dalam bidang kesukanan, kebajikan dan rekreasi.
Jalur biru dalam bulatan logo melambangkan kepelbagaian aktiviti yang akan dijalankan oleh Kelab.
Tiga segi berwarna biru yang menunjukkan arah tuju Kelab untuk ahli-ahli dan anggotanya.
Tulisan kelab yang berwarna merah serta condong melambangkan keutuhan Kelab di dalam menjalinkan hubungan baik dengan kelab-kelab yang lain.

