PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN
Kelab Sukan & Kebajikan
Pusat Remote Sensing Negara (MACRES), Kuala Lumpur



Nama Tugas & Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
Tempat Urusan Kewangan
Logo Pemeriksa Kira-kira
Objektif Tafsiran Undang-Undang
Keahlian Penasihat / Penaung
Yuran Masuk & Yuran Bulanan Larangan
Pemberhentian & Pemecatan Ahli Pindaan Undang-undang
Mesyuarat Agong Tahunan Pembubaran
Jawatankuasa Pentadbir  

 



Nama

1.1   Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN PUSAT REMOTE
        SENSING NEGARA, Kuala Lumpur, selepas ini disebut ‘Kelab'.

1.2   Nama ringkas ialah KELAB MACRES.

[ Kembali ke atas ]


Tempat Urusan
2.1   Tempat urusan berdaftar ialah Pusat Remote Sensing Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan         Inovasi, No. 13, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur; atau ditempat lain yang diputuskan oleh         Jawatankuasa Pentadbir. Tempat urusan tidak boleh diubah tanpa kelulusan diperolehi daripada         Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

Logo
3.1  Rekabentuk utama logo ini:
      3.1.1   Bentuk bulat berwarna putih condong melambangkan perpaduan, keikhlasan dan                     kesungguhan ahli-ahli dan anggota kelab, dalam segala aktiviti dan kerja-kerja                     terutamanya dalam bidang kesukanan, kebajikan dan rekreasi.
      3.1.2   Jalur biru dalam bulatan logo melambangkan kepelbagaian aktiviti yang akan dijalankan                     oleh Kelab.
      3.1.3   Tiga segi berwarna biru yang menunjukkan arah tuju Kelab untuk ahli-ahli dan                     anggotanya.
      3.1.4   Tulisan Kelab yang berwarna merah serta condong melambangkan keutuhan Kelab                      menjalinkan hubungan baik dengan kelab-kelab lain.

Objektif

Objektif Kelab ialah;

 4.1  Menjalankan rasa muhibbah dan kekeluargaan dikalangan ahli;
 4.2  Meningkatkan semangat kerjasama dan persefahaman antara ahli;
 4.3  Menjalan aktiviti sukan,kebajikan serta kerja-kerja sosial yang boleh memberi faedah kepada            ahli dan masyarakat;
 4.4  Memberi bantuan yang sewajarnya kepada ahli yang ditimpa kesusahan dan kemalangan; dan
 4.5  Mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kelab lain melalui aktiviti yang serupa.
 4.6  Kelab MACRES dibenarkan menerima sumbangan derma iklan / ikhlas melalui MAKSWIP.

Keahlian

 5.1  Ahli Biasa

    5.1.1  Ahli biasa terbuka kepada pegawai kakitangan MACRES dan Warganegara Malaysia;
    5.1.2  Keahlian mesti diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbir melalui borang permohonan dan                  memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan;
    5.1.3  Semua ahli biasa layak menggunakan kemudahan dan harta benda yang disediakan oleh                  kelab; dan
    5.1.4  Semua ahli biasa berhak mengundi dan boleh menganggotai Jawatankuasa Pentadbir jika                  dipilih.

 5.2  Ahli Bersekutu

    5.2.1  Terbuka kepada semua pegawai dan kakitangan lain di bawah Kementerian Sains,                  Teknologi dan Inovasi dan agensi-agensi di bawahnya; pegawai dan kakitangan MACRES                  yang berkhidmat samada secara kontrak/sangkut/sambilan/sementara; bekas ahli biasa;                  dan anggota keluarga kepada Ahli Biasa mengikut tafsiran Perintah AM (Perkara I (iii)                  Bab F).
    5.2.2  Keahlian mesti diluluskan oleh Jawatankuasa Pentadbir melalui borang permohonan dan                  memenuhi syarat-syarat tertentu;    
    5.2.3  Semua ahli bersekutu layak menggunakan kemudahan dan harta benda yang disediakan                  oleh kelab; dan
    5.2.4  Ahli bersekutu tidak layak mengundi dan menganggotai Jawatankuasa Pentadbir.

 5.3  Ahli Kehormat

    5.3.1  Dipilih melalui undi majoriti dalam Mesyuarat Agong Tahunan atau Mesyuarat Agong Khas                  daripada kalangan mereka yang banyak berjasa kepada kelab ini;
    5.3.2  Ahli Kehormat dikecualikan dari membayar sebarang bayaran dan boleh menikmati                  kemudahan kelab;
    5.3.3  Ahli kehormat tidak mempunyai suara atau undi dalam Mesyuarat Agong Tahunan atau                  mesyuarat Agong Tahunan.

Yuran Masuk & Yuran Bulanan

 6.1  Yuran Masuk

     6.1.1  Yuran Masuk bagi menjadi ahli biasa kelab ialah sebanyak RM2.00 ( Ringgit : Dua
                  sahaja). Yuran masuk bagi Ahli Bersekutu ialah RM5.00 (Ringgit : Lima sahaja) ; dan
     6.1.2  Pembayaran hanya sekali sahaja dan dibuat kepada Bendahari Kelab.

6.2  Yuran Bulanan

     6.2.1  Yuran bulanan bagi ahli biasa dikenakan mengikut kedudukan gaji bulanan ahli seperti berikut:

        Gaji Bulanan (RM)               Yuran Bulanan (RM)

        3,000 ke atas                         5.00 Ringgit: Lima shj
        2,000 – 2999                          4.00 Ringgit; Empat shj
        1,000 – 1,999                         3.00 Ringgit; Tiga shj
        500 – 999                               2.00 Ringgit; Dua shj
        499 Kebawah                         1.00-Ringgit; Satu shj

 6.3  Yuran Tahunan

     6.3.1  Yuran tahunan hanya dikenakan kepada Ahli Bersekutu sebanyak RM 30 (Ringgit: Tiga
                  Puluh sahaja) setahun.

 6.4  Ahli biasa yang tidak membayar yuran selama lebih tiga bulan, manakala ahli gabungan dan            bersekutu yang tidak membayar yuran tahunan nya selepas bulan ketiga tahun kewangan
           akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pentadbir untuk diberhentikan keahliannya.            Pemberhentian keahliannya akan menyebabkan ianya kehilangan hak sebagai ahli.

6.5  Permohonan ahli yang telah diberhentikan untuk menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh            Jawatankuasa Pentadbir yang mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula.

6.6  Kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
           persetujuan Jawatankuasa Pentadbir Kelab.

6.7  Sebarang hutang atau tunggakkan yuran hanya boleh dilupuskan melalui Mesyuarat Agong.

Pemberhentian & Pemecatan Ahli

 7.1  Ahli yang memohon berhenti menjadi ahli kelab, hendaklah memberi kenyataan bertulis 14
           hari terlebih dahulu kepada Kelab Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

 7.2  Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang kelab atau bertindak dengan cara yang            mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi satu tempoh            sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Kelab Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa            memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi            pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklan diberi peluang
           untuk memberi penjelasan atau membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu
           hendaklan dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agong menunda atau membatalkan keputusan
           itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 7.3  Pemberhentian keahlian boleh juga merujuk kepada fasal 6.4

Mesyuarat Agong Tahunan

 8.1  Mesyuarat Agong Tahunan Kelab diadakan tiap-tiap tahun. Manakala pemilihan Jawatankuasa            Pentadbir akan dibuat dua tahun sekali.

 8.2  Pengelola Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agong Tahun. Sekurang-kurangnya satu
           pertiga (1/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah
           jawatankuasa, mengikut yang mana lebih, hendaklah hadir di dalam mesyuarat Agong
           Tahunan bagi mengesahkan perjalanan menyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

 8.3  Jika Korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
           untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak
           lebih daripada 30 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak
           mencukupi selepas setengan jam daripada waktu yang telah ditetepka untuk mesyuarat yang            ditanguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah            berkuasa meminda perlembagaan kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan            harta.

 8.4  Mesyuarat Agong Tahunan bagi kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah            berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat            yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pentadbir. Kerja-kerja Mesyuarat Agong Tahunan ialah:

     8.4.1  Menerima laporan Jawatankuasa Pentadbir berkenaan perjalanan kelab didalam tahun                   sebelumnya;
     8.4.2  Menerima Laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun                   sebelumnya;
     8.4.3  Memilih ahli-ahli jawatankuasa pentadbir dan pemeriksa bagi dua tahun sekali; dan
     8.4.4  Membincangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli yang telah                   disampaikan sekurang-kurangnya 1 (satu) minggu sebelum mesyuarat.

 8.5  Setiausaha hendaklah menghantar surat kepada ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 (empat
           belas) hari sebelum Mesyuarat Agong Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk
           salinan peringatan mesyuarat dan penyata kira-kira bagi tahun sebelumnya yang telah diaudit.            Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli dialamat tempat            urusan kelab.

 8.6  Mesyuarat Agong Khas bagi Kelab ini boleh diadakan :

     8.6.1  Dengan keputusan Jawatankuasa Pentadbir melalui undi sulit dengan Presiden
                  mempunyai undi pemutus: atau
     8.6.2  Atas permintaan beramai ramai secara bertulis oleh tidak kurang daripada satu pertiga
                  (1/3) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab                   mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Kelab.

 8.7  Mesyuarat Agong Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh            penerimaan permintaan mesyuarat itu.

 8.8  Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agong Khas itu hendaklah diedarkan oleh
           setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan
           untuk bermesyuarat.

 8.9  Fasal 8.2 dan 8.3 didalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat            Agong Tahunan boleh digunakan untuk mesyuarat Agong Khas, tetapi dengan syarat jika
           korum tidak mencukupi setelah setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat            Agong Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam            masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agong Khas, atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan
           yang sama tidaklah boleh diadakan.

 8.10  Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap              Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Agong Khas dengan seberapa segera yang boleh              setelah selesainya mesyuarat itu.

Jawatankuasa Pentadbir

 9.1  Satu Jawatankuasa Pentadbir seperti berikut yang dinamakan pegawai Kelab hendaklah dipilih             2 tahun sekali di dalam Mesyuarat Agong Tahunan.

           Seorang Presiden
           Seorang Naib Presiden
           Seorang Setiausaha
           Seorang Bendahari
           7 orang Ahli Jawatankuasa Biasa

 9.2  Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas
            eksekutif dalam Kelab ini hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

 9.3   Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan
            pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli biasa di dalam Mesyuarat
            Agong 2 tahun sekali.

 9.4   Setiausaha dengan persetujuan Presiden boleh melantik seorang Penolong Setiausaha bagi             membantu kerja-kerja Setiausaha kecuali menandatangani cek akaun kewangan Kelab.

 9.5   Fungsi Jawatankuasa Pentadbir ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab
            dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab mengikut dasar am             dan telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agong. Jawatankuasa Pentadbir seharusnya tidaklah
            boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agong dengan
            tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pentadbir mestilah sentiasa             mematuhi keputusan Mesyuarat Agong. Jawatankuasa Pentadbir hendaklah mengemukakan
            laporan mengenai kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agong Tahunan.

 9.6   Jawatankuasa Pentadbir hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan             Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli jawatankuasa             Pentadbir 7 hari terlebih dahulu. Presiden dengan bersendirian atau tidak kurang daripada
            4 orang ahli Jawatankuasa Pentadbir bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
            supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir pada bila-bila masa.
            Sekurang-kurangnya setengan (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pentadbir hendaklah             hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

 9.7   Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pentadbir dan             Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah
            mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa Pentadbir secara pengedaran surat
            pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum
            keputusan Jawatankuasa Pentadbir boleh dianggap sebagai telah diterima.

      9.7.1   Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah diljelaskan dengan terand didalam surat
                    pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pentadbir;
      9.7.2   Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa Pentadbir mestilah                     menyatakan persetujuan mereka terhadap cadangan itu: dan
      9.7.3   Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati                     melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat                     Jawatankuasa Pentadbir berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan
                    mesyuarat.

 9.8    Ahli Jawatankuasa Pentadbir yang tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir tiga
             kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah              meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pentadbir.

 9.9   Jika seorang ahli Jawatankuasa Pentadbir meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon
            yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk             memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan
            itu, maka berkuasalah Jawantankuasa Pentadbir melantik ahli yang lain memenuhkan
            kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong Tahunan diadakan.

 9.10  Jawatankuasa Pentadbir boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain              untuk menjalankan urusan Kelab, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan              mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau
             kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan
             keputusan Jawatankuasa pentadbir atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
             merosakkan kepentingan Kelab.

 9.11  Jawatankuasa Pentadbir boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan              memberi kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa Pentadbir.

Tugas & Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

 10.1  Presiden

     10.1.1  Dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua
                    mesyuarat Jawatankuasa Pentadbir dan Mesyuarat Agong;
     10.1.2  Mempunyai undi pemutus;
     10.1.3  Menandatangani peringatan Mesyuarat Agong bila telah diluluskan; dan
     10.1.4  Boleh menandatangani semua cek akaun kewangan Kelab.

 10.2  Naib Presiden

     10.2.1  Menjalankan tugas dan memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya atas sebab-                    sebab tertentu kecuali menandatangani cek akaun kewangan Kelab.

 10.3  Setiausaha

     10.3.1  Menguruskan segala surat menyurat dan menyimpan segala buku, surat, dokumen dan                     seumpamanya kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan;
     10.3.2  Menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan
                    tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
                    rumah tiap-tiap ahli;
     10.3.3  Hendaklah hadir disemua mesyuarat dan menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa                     Pentadbir dan Mesyuarat Agong. Catatan Mesyuarat Agong Tahunan hendaklah
                    dikirimkan kepada Pendaftar Pertubuhan bersama penyata Tahunan Kelab selewat-
                    lewatnya 28 hari dari tarikh Mesyuarat Agong;dan

     10.3.4  Boleh menandatangani semua cek akaun kewangan Kelab.

 10.4  Bendahari

     10.4.1  Memungut segala yuran Kelab, menyimpan rekod kira-kira barang masuk dan keluar,
                    serta menyediakan penyata kira-kira tahunan berakhir pada 31 Disember; dan
     10.4.2  Menandatangani semua cek akaun kewangan Kelab bersama-sama dengan Presiden
                    atau Setiausaha.

 10.5  Ahli Jawatankuasa Biasa

     10.5.1  Membantu Jawatankuasa Pentadbir dalam menjalankan tugas yang diarahkan
                    kepadanya.

Kewangan

 11.1  Wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-
              tujuan Kelab.

 11.2  Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 200.00 ( Ringgit: dua              ratus sahaja ) pada sesuatu masa kecuali dengan kebenaran Jawatankuasa Pentadbir. Wang              yang lebih daripada jumlah ini mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh              Jawatankuasa Pentadbir. Kira-kira bank itu hendaklah bersama atas nama Kelab.

 11.3  Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani
             oleh Bendahari bersama Presiden atau Setiausaha. Semasa ketiadaan Presiden, Setiausaha              atau Bendahari maka bolehlah bersama Jawatankuasa Pentadbir melantik sesiapa diantara              mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek bersama atau kenyataan pengeluaran              wang Kelab.

 11.4  Perbelanjaan yang kurang daripada RM 300.00 ( Ringgit: tiga ratus sahaja ) bagi sesuatu
             masa boleh diluluskan oleh Presiden bersama Setiausaha atau Bendahari. Perbelanjaan
             yang lebih daripada RM 300.00 ( Ringgit: tiga ratus sahaja ) tetapi kurang daripada
             RM 1000.00 ( Ringgit: satu ribu sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak              diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pentadbir, dan perbelanjaan yang lebih
             daripada RM 1000.00 ( Ringgit: satu ribu sahaja ) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan
             tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agong terlebih dahulu.

 11.5  Penyata darihal wang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah              disediakan oleh Bendahari dan periksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah fasal
             12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata
             kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat
             Agong Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di
             tempat urusan Kelab.

 11.6  Menyimpan semua resit atau penyata-penyata pengesahan pengeluaran untuk semua              perbelanjaan Kelab serta penyata penerimaan.

 11.7  Tahun Kewangan Kelab ini bermula daripada dari 1 Januari dan berakhir 31 Disember tiap-tiap              tahun.

Pemeriksa Kira-kira

 12.1  Dua orang yang bukannya Ahli Jawatankuasa Pentadbir Kelab boleh dilantik di dalam
             Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan
             selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

 12.2  Pemeriksa Kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Kelab bagi setahun dan
             membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agong Tahunan. Mereka juga
             dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden untuk mengaudit kira-kira Kelab bagi mana-
             mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
             Jawatankuasa Pentadbir.

Tafsiran Undang-undang

 13.1  Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agong, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya              kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa Pentadbir, jika mustahak, boleh memutuskan              perkara-perkara yang tidak terkandung di undang-undang ini.

 13.2  Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
             dibuat dalam Mesyuarat Agong, keputusan Jawatankuasa Pentadbir terhadap ahli-ahli adalah              muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agong.

Penasihat / Penaung  14.1  Jawatankuasa Pentadbir boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi              Penasihat / Penaung bagi Kelab ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
             persetujuan secara bertulis.
Larangan

 15.1  Ahli-ahli dilarang daripada melakukan sebarang perkara-perkara maksiat dan mengadakan              permainan berunsur perjudian di dalam kawasan Kelab yang boleh mencemarkan nama baik              Kelab.

 15.2  Kelab ini atau ahli-ahlinya tidak boleh cuba mnghalang atau dengan cara apa jua pun              mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
             gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

 15.3  Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri samada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas              nama Kelab atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada
             pihak berkuasa berkenaan.

 15.4  Tidaklah ada apa-apa faedah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 2 Akta
             Pertubuhan 1966, boleh dibayar kepada mana-mana ahli atau tanggungan ahli itu.

Pindaan Undang-undang
 16.1  Undang-undang ini tidak boleh atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agong.              Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada              Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agong
             meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada
             tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Pembubaran

 17.1  Kelab ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan satu keputusan yang diluluskan oleh 1/3              daripada jumlah semua ahli-ahli biasa Kelab yang hadir dalam Mesyuarat Agong Tahunan
             yang diadakan khas kerana pembubaran.

 17.2  Apabila kelab ini dibubarkan, segala hutang sah hendaklah dijelaskan terlebih dahulu
             sebelum bakinya itu dibahagi-bahagikan dengan saksama antara ahli-ahli atau diserahkan              kepada Kelab Kebajikan mengikut keputusan yang diambil dalam Mesyuarat Agong itu.

 17.3  Kenyataan mengenai pembubaran hendaklah diberitahu kepada Pedaftar Pertubuhan dalam              masa 14 hari dari  tarikh pembubaran itu.

Mengenai Kami | Site Map | Hubungi Kami | ©2006 Kelab Sukan dan Kebajikan MACRES