Sistem MyGeoBioD

 

     

  Sistem Pangkalan Data Geospatial Biodiversiti Kebangsaan (Sistem MyGeoBioD)  dibangunkan oleh ARSM di bawah projek kerjasama yang melibatkan tiga kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE); dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA). Mandat pelaksanaan MyGeoBioD adalah atas persetujuan Mesyuarat Keenam Majlis Biodiversity-Bioteknologi Negara (MBBN), yang dipengerusiakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 4 November 2009.        

 

AGENSI KERJASAMA/PENGGUNA 

 

(i) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)

 

     (a) Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRE;

     (b) Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN);

     (c) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM);

     (d) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM); dan

     (e) Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM)

 

 
 

 

 

 Portal MyGeoBioD : http://fmrs.remotesensing.gov.my/biod

   

ii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

 
 


Untitled-1

 

Akses adalah TERHAD kepada pegawai/kakitangan agensi pengguna yang diberi kebenaran oleh pengurusan tertinggi masing-masing.

 

 

 

MyGeoBioD menekankan kepada konsep landskap yang meliputi empat komponen biodiversiti iaitu:-

(i)   Perhutanan dan gunung (forest and mountain);
(ii)  Air daratan dan tanah lembab (inland waters and wetlands);
(iii) Pesisir pantai dan marin (coastal and marine); dan
(iv) Pertanian (agriculture).

 

 

 

Sistem ini terdiri daripada tiga (3) komponen utama, iaitu kemasukan data, analisis data dan carian maklumat. MyGeoBioD dibangunkan secara dalaman (in-house) menggunakan sepenuhnya kepakaran tenaga manusia dan fasiliti seperti perisian, perkakasan ARSM sedia ada. MyGeoBioD berupaya melaksanakan analisis geospatial dan menjana maklumat daripada hasil analisis tersebut. Maklumat berkenaan diperlukan bagi pelaksanaan program pengurusan dan pemuliharaan sumber biodiversiti negara yang diterajui oleh Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRE dengan lebih efektif. 

   

     (a) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

           - Bahagian Pengurusan Sumber

           - Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (PPPAT)

      (b) Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) 

           - Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah

           - Bahagian Biosekuriti Tumbuhan

     (c) Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

 

 

(iii) Sabah dan Sarawak

 

       - Pusat Biodiversiti Sabah

       - Unit Perancang Negeri Sarawak

       - Jabatan Hutan Sarawak

 

 
       

 

 

Carian Spesies Fauna Mengikut Negeri  

 

Carian MyGeoBioD 

 Maklumat Ramsar Tasek Bera

 

Maklumat MyGeoBioD