LOGO ARSM 2018      Portal Rasmi
  Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM)
  Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

                   soalan lazim2seperatorhubungi kami2seperatoraduan2seperatorpetalaman3

                                               
A- A A+
preset-1preset-2preset-3preset-4 Disabled 

Mengenai Kami

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) telah ditubuhkan pada tahun 1988 di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi - MOSTI (dahulunya dikenali sebagai Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar - MOSTE). Dengan pengalaman yang diperoleh setelah beroperasi selama 20 tahun sebagai sebuah bahagian di bawah MOSTI, pada 15 Februari 2008, agensi ini dinaikkan ke taraf jabatan dengan nama baharu iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM). Tujuan utama penukaran taraf sebagai sebuah jabatan adalah bagi membolehkan agensi melaksanakan objektif penubuhannya dengan lebih berdaya maju dan efisien dalam meneraju pembangunan dan pengoperasian teknologi remote sensing dan teknologi berkaitan di negara ini.