Objektif, Visi dan Misi

Objektif

Membangunkan pelbagai sistem/pakej aplikasi berteraskan teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan (seperti Sistem Maklumat Geografi - GIS, Sistem Penentududukan Global - GPS dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi - ICT) bagi diguna pakai oleh agensi-agensi kerajaan untuk meningkatkan pengurusan pertanian, perikanan, sumber asli, alam sekitar, bencana, keselamatan dan pembangunan tanah negara dengan lebih cekap dan berkesan. 

Visi

Mengoptimumkan penggunaan teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan bagi pembangunan lestari negara.

Misi

Menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam aplikasi teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan, dan perolehan dan pembekalan imej satelite remote sensing secara bersepadu bagi memenuhi keperluan negara.