LOGO ARSM 2018

Portal Rasmi
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)

soalan lazim2seperatorhubungi kami2seperatoraduan2seperatorpetalaman3
              

   

A- A A+
preset-1preset-2preset-3preset-4 Disabled 

Pensijilan ISO 9001:2015

MYSA telah mendapat pensijilan ISO 9001:2015 untuk 2 skop pensijilan iaitu bagi Pengurusan Perkhidmatan Data Remote Sensing di Ibu Pejabat, Kuala Lumpur dan skop pensijilan Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Berkaitan Kejuruteraan Mekanikal, Persekitaran Angkasa dan Elektromagnetik bagi Sektor Komersial dan Industri Angkasa di MYSA Cawangan Banting.

1. SKOP PENSIJILAN BAGI PENGURUSAN PERKHIDMATAN DATA REMOTE SENSING
MYSA adalah pembekal tunggal data remote sensing satelit dan udara bukan konvensional kepada agensi kerajaan sebagaimana diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada Januari 2007.  MYSA juga berperanan sebagai penasihat kepada Kerajaan berkaitan pembangunan dan penggunaan teknologi remote sensing dan teknologi-teknologi lain yang berkaitan.
 
Perkhidmatan Data Remote Sensing mendapat pensijilan ISO 9002 versi 1994 pada bulan Julai tahun 2001 dan versi 2000 pada 15 April 2005. Peralihan pendokumentasian kepada versi ISO 9001:2008 pula siap dilaksanakan pada 8 Januari 2010 dan pensijilan ISO 9001:2008 telah berjaya diperolehi pada 17 Ogos 2010. Standard terkini ISO 9001:2015 telah dikeluarkan pada tahun 2015 dan MYSA telah mengambil inisiatif menaik taraf dokumen dan prosedur selaras dengan keperluan standard yang baharu. Pada 16 November 2018, persijilan ISO 9001 MYSA telah berjaya dinaiktaraf ke persijilan versi terkini iaitu ISO 9001:2015.
 
DASAR KUALITI
Agensi Angkasa Malaysia beriltizam untuk memberi perkhidmatan data remote sensing yang berkualiti mengikut keperluan pelanggan dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkannya secara berterusan melalui pengurusan berkualiti yang diterajui oleh Jawatankuasa Penambahbaikan Pengurusan ISO.
 
SKOP SISTEM KUALITI
Skop sistem kualiti merangkumi:

Penyediaan khidmat bekalan data remote sensing dalam dua bentuk (digital dan cetak kekal) kepada agensi pengguna kerajaan dan swasta; dan

Aktiviti-aktiviti  utama yang berkaitan di Ibu Pejabat dan Stesen Penerima Data Satelit MYSA, beralamat seperti berikut:

Ibu Pejabat:

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA),
No. 13, Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.

 

Stesen Penerima Data Satelit:

Stesen Penerima Data Satelit,
Jalan Lencongan Mentakab - Temerloh,
28400 Mentakab,
Pahang Darul Makmur.

 
DOKUMEN KUALITI

Sebanyak 5 jenis Dokumen Kualiti telah disediakan iaitu:
1. Polisi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) ISO 9001:2015
2. Manual Kualiti (MK)
3. Prosedur Kualiti Pengurusan (PK-AM)
4. Prosedur Kualiti Data (PK-DATA)
5. Prosedur Prapemprosesan Data (PK-SPDS)

 
 
2. SKOP PENSIJILAN BAGI PERKHIDMATAN PENGUJIAN DAN PENGUKURAN BERKAITAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, PERSEKITARAN ANGKASA DAN ELEKTROMAGNETIK BAGI SEKTOR KOMERSIAL DAN INDUSTRI ANGKASA

Agensi Angkasa Malaysia cawangan Banting telah menerima pensijilan ISO 9001 bagi perkhidmatan pengujian dan pengukuran yang dijalankan di Fasiliti Pemasangan, Pengujian dan Integrasi (AIT) pada 22 Januari 2014. Skop pensijilan ini merangkumi enam peralatan pengujian dan pengukuran yang digunakan dalam industri angkasa dan juga komersial. Peralatan-peralatan berkenaan adalah seperti berikut:

Pengujian dan Pengukuran Mekanikal:
Vibration Test System
• Mass Properties Measurement System
• Reverberation Acoustic Test Facility
• Alignment Measurement System

Pengujian Persekitaran Angkasa:
Thermal Vacuum Chamber

Pengujian Elektromagnetik:
Electromagnetic Compatibility Chamber

 
DASAR KUALITI
MYSA komited menyampaikan perkhidmatan berkaitan pengoperasian sistem angkasa yang berkesan kepada pelanggan. MYSA akan melaksanakan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015.
 
SKOP PENSIJILAN

Perkhidmatan Pengujian dan Pengukuran Berkaitan Kejuruteraan Mekanikal, Persekitaran Angkasa dan Elektromagnetik bagi Sektor Komersial dan Industri Angkasa

Alamat Perkhidmatan:
Kompleks Teknologi Angkasa,
Kampung Sungai Lang,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan

 
KADAR FI PERKHIDMATAN
Klik untuk muat turun Kadar FI

SIJIL ISO90012015 ARSM

 

SIJIL ISO90012015 SPDS

 Sijil ISO 9001 2015Banting