Program Utama

Program utama di Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) terbahagi kepada dua iaitu Program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan Program Perkhidmatan Teknikal. Kedua-dua program ini merupakan tunjang utama dalam pengoperasian teknologi remote sensing, GIS dan teknologi lain khususnya di ARSM dan secara amnya di Malaysia.