LOGO ARSM 2018

Portal Rasmi
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

soalan lazim2seperatorhubungi kami2seperatoraduan2seperatorpetalaman3
              

   

A- A A+
preset-1preset-2preset-3preset-4 Disabled 

Prosedur Permohonan Imej Satelit Remote Sensing Terperingkat

1.   

Permohonan imej satelit remote sensing terperingkat oleh:

      a.

Kementerian atau Jabatan Kerajaan : permohonan hanya boleh dibuat oleh Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Setiausaha/Ketua Penolong Setiausaha/Ketua Pengarah/ Timbalan Ketua Pengarah/Penolong Ketua Pengarah/Ketua Jabatan Negeri/Timbalan Ketua Jabatan Negeri/Dekan/ Pustakawan; dan

      b. Agensi swasta : permohonan hanya boleh dibuat oleh Pengarah/Pengurus.
2.   Imej satelit remote sensing terperingkat adalah dikategorikan sebagai dokumen geospatial terperingkat. Oleh itu permohonan mendapatkannya adalah mengikut prosedur di bawah Pekelliling Arahan Keselamatan Terhadap Dokumen Geospatial Terperingkat. Pemohon perlu melalui tapisan keselamatan oleh Bahagian Geospatial Pertahanan dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang memakan masa antara 14 hingga 30 hari bekerja;
3.   Pemohonan imej satelit remote sensing terperingkat adalah menggunakan Borang ’Permohonan Lesen Hak Cipta / Membeli Dokumen Geospatial Terperingkat’ - Borang PPNM-1 (Pind. 1/2008) yang dikeluarkan oleh Pengarah Pemetaan Negara, Direktorat Pemetaan Negara Malaysia.
4.   Maklumat yang perlu diisi ialah:
      a. Maklumat diri pemohon dan agensi;
      b. Sebab-sebab imej satelit remote sensing terperingkat tersebut dikehendaki; dan
      c. Maklumat agensi dan negara yang terlibat sekiranya imej satelit remote sensing terperingkat akan di bawa ke luar negara.
5.   Pemohon perlu menandatangani perakuan di ruangan ’Akuan Pemohon’ dalam borang permohonan yang antara lain menyatakan pemohon berjanji akan mematuhi segala syarat-syarat dan peraturan yang dinyatakan dalam borang permohonan serta menjelaskan segala bayaran yang perlu dibayar, dan pemohon akan menjaga dan mengendali imej satelit remote sensing terperingkat mengikut peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972;
6.   Setiap permohonan perlu disertakan dengan:
      a. Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pemohon / Salinan Pasport;
      b. Satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Pertubuhan/ Perniagaan (Borang 9);
      c. Satu (1) salinan Kad Pengenalan / Salinan Pasport Wakil yang akan mengambil imej satelit remote sensing terperingkat (jika berkenaan);
      d. Pelajar perlu mengisi Borang Maklumat Pelajar; dan
      e. Konsultan/kontraktor yang dilantik oleh agensi kerajaan perlu mengemukakan Salinan Surat Perlantikan, Surat Sokongan dan mengisi Borang Akuan Juruperunding.
7.   Pembayaran dalam bentuk Pesanan Tempatan/ Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos/Cek atas nama Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia perlu dilaksanakan setelah mendapat kelulusan Tapisan Keselamatan;
8.  

Borang permohonan yang telah lengkap perlu dikemukakan kepada:

     

Ketua Pengarah

     

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

     

No. 13, Jalan Tun Ismail

      50480 Kuala Lumpur
5.    Jangkamasa pembekalan imej satelit remote sensing terperingkat adalah 4 hingga 15 hari bekerja selepas kelulusan tapisan keselamatan yang memakan masa 14 hingga 30 hari bekerja;
6.    Penghasilan semula data yang dipohon dalam apa jua bentuk untuk tujuan komersil adalah tidak dibenarkan; dan
7.     

Penghasilan semula data yang dipohon dalam apa jua bentuk untuk edaran kepada pihak ketiga perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia.