LOGO ARSM 2018

Portal Rasmi
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

soalan lazim2seperatorhubungi kami2seperatoraduan2seperatorpetalaman3
              

   

A- A A+
preset-1preset-2preset-3preset-4 Disabled 

Syarat dan Peraturan

Pengguna Perpustakaan MYSA diminta mematuhi syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut.

Keselamatan

  • Pengguna luar perlu mendaftar di Pos Pengawal Keselamatan yang terletak di pintu masuk utama. Pas sementara akan diberikan setelah pengguna mengemukakan kad pengenalan yang sah, atau MyKad.
  • Pas sementara mesti dipamerkan pada setiap masa.
  • Sebelum memasuki perpustakaan, pengguna luar mestilah mendaftar di kaunter perpustakaan.

 

Umum

  • Tidak dibenarkan merokok, makan dan minum dalam perpustakaan.
  • Perbuatan melepak, bersembang, membuat bising, perlakuan kurang sopan, mengganggu pengguna lain dan tidur adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan sentiasa senyap ketika berada dalam perpustakaan.
  • Matikan telefon bimbit atau setkan ke mod senyap sebelum memasuki perpustakaan.
  • Pengguna mestilah berpakaian kemas dan sopan ketika memasuki perpustakaan. Pemakaian jeans, t-shirt dan selipar adalah TIDAK dibenarkan.
  • Beg (kecuali beg tangan), beg bimbit, fail, folder, topi keledar dan payung TIDAK dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan. Item-item tersebut mestilah ditinggalkan di rak yang disediakan dan terletak berhampiran kaunter perpustakaan atas tanggungan risiko sendiri.
  • Pastikan barangan berharga tidak ditinggalkan tanpa pengawasan dalam perpustakaan. Pihak perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan barangan tersebut.
  • Semua buku dan barangan persendirian perlu ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter sebelum masuk dan keluar dari perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan sama sekali untuk mengakses mana-mana laman sesawang yang tidak berkenaan serta memuat turun, menggunakan laman sembang, e-mel, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan yang terlarang melalui komputer di perpustakaan.  Pengguna juga DILARANG memasang atau mengubahsuai sebarang program aplikasi komputer. 

 

Hak cipta

  • Pengguna Perpustakaan adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas setiap tindakan dan sebarang perlanggaran adalah tertakluk di bawah AKTA HAKCIPTA MALAYSIA 1987.

 

Pinjaman Bahan Rujukan

  • Pengguna luar tidak dibenarkan untuk meminjam buku atau bahan-bahan rujukan lain secara terus. Pinjaman hanya boleh dibuat melalui pinjaman antara perpustakaan.
  • Setiap peminjam adalah bertanggungjawab ke atas setiap item yang dipinjam.
  • Pengguna dalaman yang meletakkan jawatan, bersara dan sedang cuti belajar atau cuti sabatikal dikehendaki memulangkan semua bahan yang dipinjam dari perpustakaan.
  • Jika item yang dipinjam hilang atau rosak, peminjam akan dikenakan caj untuk kos penggantian item tersebut. Pada masa yang sama jika item yang dipinjam dari perpustakaan lain hilang/rosak, peminjam akan dikenakan caj oleh perpustakaan tersebut.
  • Satu notis peringatan akan dikeluarkan kepada peminjam 2 hari sebelum tarikh tamat tempoh peminjaman.