DEFINISI LOGO PUSPANITA

Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.

Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.

Bunga padi melambangkan perpaduan dikalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.

Bunga raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.

P dan Fa lambang kewanitaan.

Warna emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
Warna ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.


© Hakcipta 2006 Puspanita MACRES